Mai Baca - 17 April 2010

Saturday, April 17, 2010


Lima kali mohon KPLI tak dilayan

SAYA kecewa dengan pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang tidak prihatin kepada pemohon seperti saya yang memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sejak 2002 sehingga 2010 dan tidak pernah diberi peluang menunjukkan kemampuan saya untuk menjadi guru.

Apa yang menyedihkan tahun ini saya tidak dipanggil menduduki ujian MTest pada 13 Mac dan 27 Mac lalu (untuk calon rayuan) sedangkan ia tahun terakhir saya layak memohon kerana antara syarat layak KPLI ialah umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh kemasukan ke maktab perguruan.

Source:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LimakalimohonKPLItakdilayan/Article





Wahai ibu bapa, jenguklah anak di IPT

Mengapa ada yang sanggup membuang bayi? Tidakkah bayi itu harus disayangi selepas bersusah payah mengandung selama sembilan bulan.

Adakah sanggup bayi yang terhasil daripada kasih sayang dua insan itu dibiarkan diratah anjing liar atau digilis kenderaan? Manusia jenis apakah yang sanggup melakukan perbuatan keji dan kejam itu?

Itu kata saya, kata anda dan kata kita semua apabila setiap kali berita mengenai pembuangan bayi mengisi dada akhbar dan ruangan utama berita.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Selangor berada pada kedudukan tertinggi di negara ini dengan mencatatkan kes pembuangan bayi sepanjang lima tahun belakangan ini, iaitu sebanyak 105 kes, manakala bagi penderaan bayi dan kanak-kanak, Selangor juga merangkul kedudukan nombor satu.

Saya boleh mengandaikan mengapa Selangor begitu galak dalam kes ini, selain menjadi tumpuan belia seluruh negara bekerja mencari rezeki, negeri ini juga mempunyai jumlah pekerja asing yang tidak sedikit bilangannya. Namun begitu di negeri lain juga mempunyai bilangan kes yang begitu membimbangkan. Di Terengganu, walaupun hanya berlaku lima kes pembuangan bayi dan 168 kes penderaan bayi dan kanak-kanak, tetapi senario itu sudah cukup membimbangkan.

Source:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26031:-wahai-ibu-bapa-jenguklah-anak-di-ipt&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

'Najib dianggap antara pemenang dapat temui Obama'

SIDANG Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini menghasilkan beberapa 'pemenang' dan seorang daripada mereka ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana diberi penghormatan berbincang secara persendirian dengan Presiden Barack Obama.

Ia pandangan Al Kamen, penulis akhbar berpengaruh The Washington Post dalam kolum ‘In The Loop’ selepas sehari sidang kemuncak itu berakhir kelmarin.

Source:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajibdianggapantarapemenangdapattemuiObama_/Article/index_html